I have a dream

I have a dream
I have a dream that one day this nation will rise up and live out the true meaning of its creed: "We hold these truths to be self-evident: that all men are created equal." I have a dream that my four children will one day live in a nation where they will not be judged by the color of their skin but by the content of their character.——Martin Luther King

DBP

Friday 25 November 2011

Saya Anak Malaysia 2011

Kepentingan Perpaduan

'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.

Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.

Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.

Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.

Saturday 5 November 2011

kita patutlah saling tolong-menolong~

My Best Friends" ~

sokonglah barangan buatan Malaysia






Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersatu - padu dan bekerjasama bagi mengekalkan kemerdekaan di negara kita ini. Kita juga harus mengekalkan semangat patriotik kita bagi mengekalkan perpaduan di antara semua kaum yang terdapat di Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia yang sayang akan negara sendiri, kita mestilah berjuang dan bersama - sama menjaga dan mempertahankan negara kita daripada dijajah oleh negara - negara yang lain.

Dan kepada semua warganegara Malaysia, kita sepatutnya menyokong barangan buatan Malaysia demi untuk memajukan Malaysia pada masa akan datang.

Jadi bermula dari sekarang belilah dan sokonglah barangan buatan Malaysia. Barang kita pun ada kualiti juga . Belilah demi masa depan yang cemerlang.
Sama - samalah kita bersama mengekalkan perpaduan antara kaum dan kemerdekaan di negara kita ini.

Thursday 3 November 2011

Perpaduan kaum di Malaysia

    


kita haruslah saling menghormati antara satu sama lain. Dengan itu kita dapat hidup bersatu padu malah menguatkan lagi perpaduan antara rakyat Malaysia. Contohnya, kita haruslah menghomati adat resam dan budaya kaum lain agar adat resam dan budaya kita juga dihormati oleh kaum lain. Kita juga haruslah hidup saling bantu membantu supaya tidak menjadi seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Hal demikian dapat menguatkan ikatan persaudaraan malah menambahkan lagi  semangat perpaduan di negara ini. Selain itu, cara ini juga dapat mengeratkan silaturrahim di antara kaum. Oleh itu, kita haruslah membantu orang yang susah mahupun yang kaya atau miskin tanpa mengira kaum, keturunan dan agama.

Seterusnya, kita juga hendaklah saling prihatin terhadap sesama kaum kerana cara ini dapat memastikan perpaduan di negara ini berkekalan. Contohnya, kita haruslah prihatin terhadap jiran tetagga semasa mereka tiada dirumah tidak kira kaum dan agama. Hal demikian akan memupuk sebuah bangsa yang bersatu padu dan dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum yang tidak mengira bangsa, agama atau keturunan. Bak kata pepatah bersatu teguh, bercerai kita roboh. Dengan ini negara kita dapat berkembang dengan lebih maju dimasa hadapan di samping manjana ekonomi negara ke tahap global.

Telur Sebiji Riuh Sekampung

Hikayat Sang Kancil dan Monyet

Sang Kancil, Kerbau dan Buaya

Menjana insan yang berpekerti mulia melalui cerita......kepercayaan kepada tuhan,baik hati dan bertanggungjawap

Saturday 22 October 2011

Investigation of fake eggs in China. by FujiTV

Spacerequired to transport 60 people~

陪妈妈环游世界900天



为了让妈妈有机会看看外面的世界,74岁的王一民以三轮车载著99岁的妈妈环游世界900天。他的孝行获得中国广大人民的表扬,更被誉为是“这个时代最后的孝子”。

这场旅途,由王一民问母亲的一个问题而开始……“妈,想不想去看看外面的世界?”

“外面的世界?怎么看?”

“我用三轮车载您啊!”

“儿子啊,我们能走到西藏吗?”母亲问。

几天后,院子中央出现了一台刚做好而且准备载著母亲出发的三轮车。

於是,旅途开始了.