Thursday, 1 December 2011
Friday, 25 November 2011
Kepentingan Perpaduan
Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.
Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.
Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.
Saturday, 5 November 2011
sokonglah barangan buatan Malaysia
Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersatu - padu dan bekerjasama bagi mengekalkan kemerdekaan di negara kita ini. Kita juga harus mengekalkan semangat patriotik kita bagi mengekalkan perpaduan di antara semua kaum yang terdapat di Malaysia.
Sebagai rakyat Malaysia yang sayang akan negara sendiri, kita mestilah berjuang dan bersama - sama menjaga dan mempertahankan negara kita daripada dijajah oleh negara - negara yang lain.
Dan kepada semua warganegara Malaysia, kita sepatutnya menyokong barangan buatan Malaysia demi untuk memajukan Malaysia pada masa akan datang.
Jadi bermula dari sekarang belilah dan sokonglah barangan buatan Malaysia. Barang kita pun ada kualiti juga . Belilah demi masa depan yang cemerlang.
Sama - samalah kita bersama mengekalkan perpaduan antara kaum dan kemerdekaan di negara kita ini.
Thursday, 3 November 2011
Perpaduan kaum di Malaysia
kita haruslah saling menghormati antara satu sama lain. Dengan itu kita dapat hidup bersatu padu malah menguatkan lagi perpaduan antara rakyat Malaysia. Contohnya, kita haruslah menghomati adat resam dan budaya kaum lain agar adat resam dan budaya kita juga dihormati oleh kaum lain. Kita juga haruslah hidup saling bantu membantu supaya tidak menjadi seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Hal demikian dapat menguatkan ikatan persaudaraan malah menambahkan lagi semangat perpaduan di negara ini. Selain itu, cara ini juga dapat mengeratkan silaturrahim di antara kaum. Oleh itu, kita haruslah membantu orang yang susah mahupun yang kaya atau miskin tanpa mengira kaum, keturunan dan agama.
Seterusnya, kita juga hendaklah saling prihatin terhadap sesama kaum kerana cara ini dapat memastikan perpaduan di negara ini berkekalan. Contohnya, kita haruslah prihatin terhadap jiran tetagga semasa mereka tiada dirumah tidak kira kaum dan agama. Hal demikian akan memupuk sebuah bangsa yang bersatu padu dan dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum yang tidak mengira bangsa, agama atau keturunan. Bak kata pepatah bersatu teguh, bercerai kita roboh. Dengan ini negara kita dapat berkembang dengan lebih maju dimasa hadapan di samping manjana ekonomi negara ke tahap global.
Tuesday, 1 November 2011
Saturday, 22 October 2011
陪妈妈环游世界900天
为了让妈妈有机会看看外面的世界,74岁的王一民以三轮
这场旅途,由王一民问母亲的一个问题而开始……“妈,想
“外面的世界?怎么看?”
“我用三轮车载您啊!”
“儿子啊,我们能走到西藏吗?”母亲问。
几天后,院子中央出现了一台刚做好而且准备载著母亲出发
於是,旅途开始了.
Subscribe to:
Posts (Atom)