kita haruslah saling menghormati antara satu sama lain. Dengan itu kita dapat hidup bersatu padu malah menguatkan lagi perpaduan antara rakyat Malaysia. Contohnya, kita haruslah menghomati adat resam dan budaya kaum lain agar adat resam dan budaya kita juga dihormati oleh kaum lain. Kita juga haruslah hidup saling bantu membantu supaya tidak menjadi seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Hal demikian dapat menguatkan ikatan persaudaraan malah menambahkan lagi semangat perpaduan di negara ini. Selain itu, cara ini juga dapat mengeratkan silaturrahim di antara kaum. Oleh itu, kita haruslah membantu orang yang susah mahupun yang kaya atau miskin tanpa mengira kaum, keturunan dan agama.
Seterusnya, kita juga hendaklah saling prihatin terhadap sesama kaum kerana cara ini dapat memastikan perpaduan di negara ini berkekalan. Contohnya, kita haruslah prihatin terhadap jiran tetagga semasa mereka tiada dirumah tidak kira kaum dan agama. Hal demikian akan memupuk sebuah bangsa yang bersatu padu dan dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum yang tidak mengira bangsa, agama atau keturunan. Bak kata pepatah bersatu teguh, bercerai kita roboh. Dengan ini negara kita dapat berkembang dengan lebih maju dimasa hadapan di samping manjana ekonomi negara ke tahap global.
No comments:
Post a Comment